Pengenalan

Jerebu merupakan fenomena di mana kualiti udara menjadi kurang sihat dengan kehadiran partikel di atmosfera yang mengurangkan ‘visibility’ atau jarak penglihatan sesuatu objek.

Jerebu merupakan komposisi habuk, asap dan partikel-partikel kering yang disebabkan oleh trafik, industri-industri berat, pembakaran hutan (secara sengaja dan secara semulajadi).

Indeks API

Jerebu diukur dengan API atau lebih dikenali sebagai “Air Pollutant Index” – Indeks Pencemaran Udara seperti berikut:

Nilai IPU Status Kualiti Udara Diskripsi

0 hingga 50

Baik

51 – 100

Sederhana

101 – 200

Tidak sihat

Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas

201 – 300

Sangat tidak sihat

Orang ramai terjejas

Lebih daripada 300

Bahaya

Orang ramai terjejas

Indeks API direka untuk mengukur lima bahan pencemar udara seperti berikut:

  • Gas karbon monoksida
  • Gas nitrogen dioksida
  • Sulfur dioksida
  • Ozon
  • Partikel-partikel udara yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter saiznya

Kesihatan

Jerebu dikaitkan dengan pelbagai kesan kepada kesihatan terutamanya jika nilai IPU melebihi 300. Diantara kesan-kesan kepada kesihatan adalah seperti berikut:

  • Kulit gatal
  • Tekak gatal
  • Mata gatal
  • Kesukaran bernafas
  • Jangkitan saluran pernafasan (Bronkitis / “Bronchitis”) iaitu inflamasi bronki/saluran pernafasan
  • Serangan jantung (Individu-individu berisiko tinggi)

Semakin tinggi ukuran IPU/API serta jangka masa panjang yang melibatkan aktiviti di luar akan meningkatkan frekuensi kesan jerebu kepada seseorang individu.

Individu-individu yang berisiko

Individu-individu berikut dikategorikan sebagai individu-individu yang berisiko tinggi:

  • Kanak-kanak
  • Warga emas
  • Individu yang mempunyai sejarah masalah pernafasan seperti asma, inflamasi saluran pernafasan, dsb;
  • Individu yang mempunyai sejarah penyakit jantung atau alergi
  • Individu-individu yang merokok

Langkah-langkah berjaga

  1. Kurangkan masa yang dihabiskan melakukan aktiviti-aktiviti di luar
  2. Tingkatkan pengunaan topeng pernafasan
  3. Jika anda seorang individu yang berada dalam kategori risiko tinggi, sila rujuk kepada doktor anda
  4. Minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  5. Jika menggunakan kanta mata “contact”, pastikan anda mempunyai titisan mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>